Friday, January 14, 2011

KAMPUNGSTAY LAMAN EJO - pentas pelamin - wedding garden

Assalamualaikum.
Lama betul saya tak update gambar kampungstay laman ejo ni,
alhamdulillah... syukur ke hadrat Illahi yang maha kaya lagi maha berkuasa. atas limpahan rezkinya, dapat lah pihak pengurusan menambah baik kawasan Laman Ejo ni.
Dewan serbaguna dah pun siap untuk kegunaan pelbagai acara.
Untuk tempahan di Kampungstay Laman Ejo di Kpg Tengah, Panglang, Seri Menanti, sila hubungi kami di talian 012-3998793 dan 012-3038958


Kg. Tengah, Sri Menanti, Negeri Sembilan
Mempunyai 2 buah banglo yang diberi nama (Banglo Fucida dan Banglo Santalia) dibina bersebelahan antara satu sama lain di atas tanah seluas 1.2 ekar pada tahun 2008. Boleh digunakan untuk menjalankan bermacam-macam aktiviti. Juga terdapat sebuah dormitory yang diberi nama Dorm Rubella yang mana boleh menampung seramai 24 orang.
Keseluruhan kawasan kampungstay ini boleh menampung sehingga 60-66 orang penghuni pada satu masa. Kita juga mempunyai dewan makan terbuka yang boleh memuatkan seramai 70 orang.
Kampungstay ini terletak tidak jauh dari Istana Diraja Sri Menanti dan Muzium Istana Lama Sri Menanti.
Kepada yang suka mandi air bukit, boleh lah ke Ulu Bendul yang terletak hanya 15 KM dari Laman Ejo.
Bakal bakal penggantin yang rasa kediamannya agak sempit untuk meraikan majlis perkahwinan, boleh lah menggunakan Laman Ejo sebagai Tapak Perkahwinan yang bersejarah itu. Atau tempat pengginapan keluarga penggantin yang duduk jauh dari tempat perkahwinan
Selain digunakan untuk Tapak Perkahwinan, boleh dijadikan juga tempat Kem Motivasi, Seminars, Aqiqah dan sebagainya
Bagi yang benar benar ingin menikmati suasana kampung yang dikelilingi kehijauan, sunyi dari kedengaran kenderaan, ingin menikmati kesegaran udara di siang hari mahu pun kedinginan malam, Kampungstay Laman Ejo lah tempatnya.


"BANGLO FUCIDA" - banglo 2 tingkat ala mini istana.
Rumah dua tingkat ini boleh menampung sehingga 22 orang dan binaan dalamannya amat luas.

3 Bilik tidur - 2 bilik di tingkat atas dan 1 bilik di tingkat bawah. Kesemua bilik tidur mempunyai queensize bed dan kipas siling.

Laman Ejo mempunyai banyak bilik air dan tak perlu risau mengenai berebut2 untuk mandi kerana di Banglo Fucida ini saja ia memiliki 2 bilik di dalam rumah dan 5 buah lagi di luar (sebelah) rumah dan kami jamin kesemua bilik air Laman Ejo amat luas dan bersih sentiasa.

Ruang tamu dan anjung yang luas juga boleh dijadikan tempat tidur bagi remaja atau kanak kanak. Kampungstay Laman Ejo juga mempunyai banyak tempat2 untuk bersantai.



"BANGLO SANTALIA" - sebuah lagi banglo 1 tingkat ala Inggeris yang boleh menampung sehingga 16-18 orang dan mempunyai 3 bilik. Sesuai untuk keluarga yang ingin menghadiri perkahwinan anak ke, pendaftaran anak di UiTM ke, Matrikulasi ke, sambil berehat di rumah ala inggeris ini. Pasti meninggalkan kenangan indah. Kawasan ini juga tidak merbahaya kerana di kelilingi pagar dan tidak risau kalau anak anak kecil bermain sendirian di laman yang luas.

Bilik master - serba putih ini betul betul akan menawan hati pengunjung yang datang dan sekali dengan 'attached bathroom'. Luas dan boleh menampung sehingga 5 orang.

Bilik ke dua mempunyai 4 katil bujang dan mempunyai bilik air di dalam juga.
Biik ketiga juga luas dan mempunyai 1 queensize bed dan boleh menampung 3-4 orang.

Ruang tamu yang luas dengan set kerusi ala inggeris merehatkan badan sambil menonton tv dengan siaran astro disediakan. Dewan makan dengan meja makan yang menyenangkan boleh mengenyangkan kita sebelum makan pun. Banglo Santallia mempunyai Dry dan Wet Kitchen. Dapur amat luas dan segala peralatan memasak disediakan.

KEDUA-DUA BANGLO DILENGKAPI dengan
-tv, *heater dalam bilik air, petis ais, kipas angin di setiap bilik tidur dan ruang tamu, *mesin basuh, peralatan memasak, iron, periuk letrik, cerek, pinggan mangkuk, periuk, kuali, set BBQ dan dapur untuk memasak.

KEMUDAHAN yang ada
- free wifi, *astro, **set karaoke, tempahan makanan dari warung berdekatan sehingga jam 2 pagi, kawasan letak kereta yang luas, dewan makan/tempat berkaraoke, 2 tapak kawasan lapang yang boleh dijadikan tapak khemah (6 khemah arabian 20' x 20') atau tempat mengadakan aktiviti sukan, wakaf-wakaf untuk beriadah, dewan makan berbumbung dan kawasan untuk khemah tidur (6 khemah 6' x 6')


"DORMITORY"
- Seperti yang dijanjikan, dorm Rubella ini telah pun siap pada awal Februari, 2011
- dormitory ini boleh menampung sehingga 20-24 orang dan 'fully airconditioned". Mempunyai 1 bilik air di dalam dan 3 bilik air di luar.
- mempunyai 9 double decker dan 1 queen size katil.






ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DI ADAKAN DI KAMPUNGSTAY LAMAN EJO


CHAIRMAN & STAFF BANK RAKYAT SEREMBAN-Ramah Tamah Aidil Fitri 18/9/2011
 Seramai 100 orang staff dan anak2 mereka meraikan raman tamah aidil fitri bersama bos di kampungstay laman ejo.













Antara aktiviti mereka ialah, kacau dodol, bakar lemang dan kanan-kanak  bersukaneka.  yang paling menarik apabila semua mengenakan pakaian raya..




MSU Student Gathering - 10-11 Sept, 2011
Management & Science Universiti dari Shah Alam menceriakan hari Laman Ejo dengan kehadiran pelajarnya seramai 40 orang. Antara aktiviti yg diadakan ialah bersukan (sukaneka kampung), persembahan sketsa, demo membuat ketupat palas dan juga membakar lemang. Aktiviti berakhir dengan makan beradab di Muzium Istana Diraja Seri Menanti sebelum berangkat balik ke MSU



















UiTM Student - 22 Mei, 2011
Tanggal 22 Mei 2011 yang lepas, rombongan dari UiTM Shah Alam bahagian International Centre datang ke Laman Ejo membuat kerja amal di kg Tengah Panglang. Kehadiran YB Dato' Hassan Malek dan YB Dato' Samad Ibrahim membuat kami terharu kerana keperhatinan mereka terhadap kg kami.



Menyambut Aidil Adha sambil membakar lemang. Setiap raya aidil fitri atau aidil adha, kami menerima tempahan tempat tinggal dari penghuni yang berdekatan atau keluarga yang ingin meraikan hari raya ala kampung. Suasana beraya di kampung dengan di bandar amat berbeza sekali. Ingin merasainya, menginaplah di Kampungstay Laman Ejo.


Kedua dua banglo juga sesuai dijadikan Lokasi Penggambaran kerana keadaannya yang sunyi dan tidak ada masalah audio. Krew juga boleh menginap di Dormitor.


Majlis hari jadi - suprise untuk si dia sambil berBBQ. Ini ialah kejutan hari lahir seseorang yang diraikan oleh kekasih hatinya secara mengejut... Walaupun tidak ramai tapi, meriah (Quality is better than Quantity)....


Majlis Pertunangan juga telah diadakan disini. Kendurinya amat meriah sekali dengan dikunjungi oleh sanak saudara yang jauh sambil menginap di banglo ini. Acara malam hari ialah berkaraoke sampai jam 2 pagi.


Majlis Perkahwinan pasangan dari Jelebu dan Johore ini amat meriah. Selesai kenduri, kedua dua penggantin dan keluarga hanya mencuci tangan kerana segalanya selesai di situ saja dan bila balik ke rumah masing masing boleh rehat dan terus tidur.


Famili Reunion- Ramai keluarga dari PJ, Damansara, Kuala Lumpur, Penang, Singapore, Johore dan Terengganu telah menggunakan Kampungstay Laman Ejo sebagai Tapak Famili Day kerana seolah oleh mereka duduk dalam satu kawasan tersendiri tanpa gangguan luar. Anak anak kecil bebas berlari di kawasan laman baik malam maupun siang hari.


DEWAN MAKAN TERBUKA
Boleh muat 60-70 orang. Boleh dijadikan tempat makan penggantin


TEMPAT UNTUK LEPAK SAMBIL MELAYARI INTERNET
Kampungstay Laman Ejo mempunyai banyak kawasan riadah dengan wakaf wakaf yang indah dan kawasan yang lapang. Amat selesa dan sesuai untuk dijadikan kawasan lepak. Dengan adanya WIFI, bolehlah melayari internet secara percuma dimana saja berada dalam kawasan Kampungstay Laman Ejo ini.



TEMPAK LETAK KERETA YANG LUAS
Di Laman Ejo, kawasan letak kereta yang luas boleh menempatkan sehingga 15 - 18 buah kereta dengan selamat.


Kawasan kebun yang luas boleh diletakkan tapak khemah untuk pengginapan. Kepada sesiapa yang ingin merasai tinggal di dalam khemah, bolehlah membawa khemah untuk tidur di waktu malam. Tapi hanya untuk yang benar benar tahan dengan kedinginan malam kerana suhu di kawasan Laman Ejo agak rendah di malam hari.



TEMPAT MENARIK YANG BERDEKATAN
- Pekan Diraja Sri Menanti - 3.5 KM
- Muzium Istana Lama Diraja Sri Menanti - 4 KM
- Kelab Golf Diraja Sri Menanti - 5KM
- Pekan Kuala Pilah - 10 KM
- 2 kolam mancing ikan (3 KM dan 15KM)
- Tempat Perkelahan Ulu Bendul - 18 KM
- Gunung Angsi 19KM

* hanya terdapat di Banglo Santalia
** atas permintaan dan caj akan dikenakan

1 comment:

  1. Hmmm. Akhirnya Dormitory telah pun siap dan sudah pun mula beroperasi sejak awal Februai 2011. Untuk tempahan, bolehlah hubungi kami ya...

    ReplyDelete